Akhisyah Recipe

Friday, March 21, 2014




BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam, potong ikut sederhana besar
1 1/2 camca teh serbuk kunyit
1 camca teh garam (digaul rata dan perap 20 minit)
1 genggam kacang gajus, goreng garing dan toskan
2 camca besar tomato sos
2 camca besar cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
2 batang serai (diketuk)
3 biji bawang besar (dikisar halus)
4 ulas bawang putih (dikisar halus)
3 inci halia (dikisar halus)
2 cawan air
Kacang pis, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam digoreng, tapi jangan sampai garing, angkat dan toskan. Tinggalkan kurang lebih 1/2 cawan minyak. Tumis bahan kisar hingga harum, masukkan bahan yang dikisar, cili, serai dan tumis hingga terbit minyak. Masukkan tomato sos, kacau rata dan masak sekejap.
  2. Tuang air dan bila mendidih,masukkan ayam tadi, masukkan sedikit gula dan garam. Masak dengan api perlahan sehingga kuah pekat dan pecah minyak.
  3. Tambah gajus goreng, kacau rata dan rasa. Jika ok boleh matikan api. Alih ke dalam bekas sesuai dan tabur kacang pis sebelum menghidang.


Bahan2
1 kg daging (dipotong nipis)
4 ulas bwg merah (dihiris)
5 ulas bwg putih (dihiris)
3 kuntum bunga lawang 

2 batang serai
2 inci kulit kayu manis
1/4 cawan kicap pekat
garam secukup rasa
Minyak masak untuk menumis

Bahan Kisar  

4 biji bwg besar
5 inci halia
4 ulas bwg putih
20 biji cili kering - letak hanya 2 sb cili kering siap blender
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil ketumbar - tambah

Cara
1. Panaskan minyak masak. Tumis bahan hiris, bunga lawang & kayu manis hingga wangi. Masukkan bahan kisar & tumis hingga garing & terbit minyak.
2. Masukkan daging, air secukupnya & renih sehingga daging empuk. Masukkan kicap pekat,serai & garam secukup rasa.Biar kuah agak pekat & secukup rasa. Bila daging cukup empuk bolehlah hidangkan. (sekiranya daging tak cukup empuk... boleh tambahkan lagi air & masak lagi hingga kuah agak kering)

Nasi Tomato

Bahan-bahan ( 4~5org )
4cwn beras(dibersih dan ditoskn)
190g minyak sapi(kalau darurat boleh guna marjerin)- 

2 kuntum bunga cengkih
1/2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 cm kulit kayu manis
1 biji bawang besar dicincang
160g tomato puree (dlm tin)- 

1.8 liter air rebusan ayam (bole juga nk guna kiub pati ayam)
daun saderi yang telah dicincang dan bawang merah (optional)
bhn dikisar: 2 ulas bawang putih, 3 ulas bawang merah dan 1 hiris halia

Cara-cara
Cairkan minyak sapi diatas api yang sederhana dan tumiskan rempah-rempah selama 1-2 minit.
Masukkan bahan tumbuk dan teruskan menggoreng hingga masak. Masukkan bawang besar dan goreng hingga layu.
Kecilkan api dan tuangkan puri tomato.Biarkan mendidih perlahan-lahan dan masukkan beras.Kacau rata-rata selama 1-2 minit.
Masukkan air rebusan dan garam secukup rasa.Biarkan cecair meresap ke dlm beras sebentar.
Kecilkan api, tanak nasi itu dengan bertutup hingga masak, masukkan daun saderi dan bwg goreng.

Wednesday, January 19, 2011

Ginger Chicken With Black Chinese Mushroom

BAHAN-BAHAN
  • 1/2 ekor ayam (dipotong ikut selera sendiri)
  • 1/2 mangkuk halia dihiris nipis 
  • 1 mangkuk cendawan hitam (direndam dahulu)
  • 5 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 biji bawang besar (dipotong kasar)
  • 4 sudu sos tiram
  • 2 sudu kicap cair
  • 1 sudu garam
  • 1 sudu sesame oil (minyak bijan cina)
  • minyak masak (1/3 mangkuk)

 CARA CARA MEMASAK 
  1. Panaskan minyak kemudian tumiskan bawang putih. Kemudian masukkan ayam. Kacau sehingga 1/2 masak.
  2. Masukkan cendawan hitam, sos tiram, kicap cair dan garam kedalam kuali dan kacau sehingga sebati sos.
  3. Masukkan 1/2 cawan air kemudian tunggu selama 10 minit. Jika kering sangat tambah lagi air bagi yang suka makanan yang berkuah.
  4. Apabila hampir masak masukkan halia dan sesame oil kacau hingga sebati dan angkat.



P/S= Hidangkan panas panas bersama nasi beras wangi..LAYANN.....

Singapore Fried Meehoon

BAHAN BAHAN

  • 1/2 bungkus meehoon (direndam hingga lembut)
  • 10 ekor udang
  • udang kering
  • 2 biji telur 
  • 2 sudu cili boh
  • 4 ulas bawang putih (ditumbuk lumat)
  • 1/2 biji bawang merah (dihiris halus)
  • 1 sudu cili sos
  • 1 sudu tomato sos
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 sudu kicap cair
  • 1/2 sudu garam
  • 1/2 serbuk lada hitam
  • 1/2 sudu teh sesame oil (minyak bijan cina)
  • 1 mangkuk taugeh
  • 1/2 mangkuk daun bawang
  • 4 sudu minyak masak

CARA CARA MEMASAK

  1. Panaskan minyak didalam kuali kemudian masukkan bawang putih dan bawang merah. Tumis sehingga agak garing kemudian masukkan Udang basah dan udang kering.
  2. Masukkan semua jenis sos tadi, cili boh,cili sos,tomato sos,sos tiram,kicap cair, garam dan serbuk lada hitam.
  3. Kacau hingga sebati semua sos kemudian masukan telur dan meehoon kacau lagi hingga warna semuanya naik. 
  4. Last sekali masukkan sesame oil, taugeh dan daun bawang. Kacau selama 30 saat angkat. Pastikan Taugeh dan daun bawang tadi separuh masak saja.
Apalagi hidang la.P/S kalau nak pedas potong saja cili padi taruk. Meehoon goreng ni warnanya agak cair tapi WALLAH..Sedappp.........

Saturday, January 15, 2011

Wantan Curry Laksa Nyonya Style

Bahan Bahan (4-6 pax)


  • 1 paket egg mee (wantan)
  • 2 sudu besar serbuk kari ikan
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 1/2 bawang besar dihiris
  • 4 biji bawang putih dihiris
  • 1 batang serai diketuk
  • sedikit daun kari 
  • 1 1/2 sudu teh garam
  • sedikit belacan
  • 1 tin susu cair/ 3 cawan santan
  • 4 cawan air
  • 1 keping kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang 
  • 1/2 cawan asam jawa
  • 1 paket fish ball
  • fish cake (dihiris nipis)
  • sotong merah (dipotong)
  • 4 sudu minyak masak
  • tauhu kering   
Bahan bahan yang perlu dihidang bersama
  • Wantan mee (direbus)
  • 1/4 ekor ayam(direbus)
  • 20 ekor udang saiz biasa(direbus/celup)
  • taugeh (dicelup)
  • kacang panjang (dipotong dan celup)

Sos penambah(bahan-bahan dibawah digoreng asing)

  • 4sudu serbuk cili
  • 6 biji bawang putih dicincang
  • 4 sudu minyak
Cara memasak
  1. Gaulkan serbuk kari ikan dan cili yang dikisar tadi dan ketepikan dahulu.
  2. Panaskan minyak kemudian tumiskan daun kari, kulit kayu manis,bunga lawang, bawang besar, bawang putih dan serai, tunggu sehingga naik bau kemudian masukkan bahan yang digaul tadi (serbuk kari dan cili kisar).
  3. Apabila ia pecah minyak kemudian masukkan air. Tunggu sehingga mendidih kemudian masukkan susu cair/ santan, fish ball, fish cake, sotong merah, tauhu kering dan garam.
  4. Mendidih tutup api
Cara menghidang 

Masukkan bahan bahan yang perlu dihidang bersama kedalam mangkuk. Jangan lupa kerang mentah.Masukkan kuah kari yang baru mendidih terus ke dalam mangkuk anda. Mahu pedas lagi masukkan cili yang digoreng bersama bawang putih tadi siap. Selamat Mencuba.....



P/S= Kerang mentah tadi akan masak sendiri di dalam mangkuk sekiranya kuah anda sangat panas

Friday, January 14, 2011

CARA CARA MEMASAK NASI AYAM VERSI BAHASA MELAYU

BAHAN BAHAN
  •  Rice cooker
  • Ketuhar pembakar/kuali besar
  • Minyak masak
  • Butter/mentega
  • Setengah ekor ayam
  • Beras 4 cupak
  • halia
  • bawang putih
  • Bawang besar
  • Kicap
  • Cili besar merah
  • Cili bengala
  • Sos cili
  • Madu




REBUS AYAM
Ayam direbus dengan halia dan bawang putih yang ditumbuk.
Air rebusan digunakan untuk menanak nasi dan membuat sos cili ayam.

CARA CARA MEMBUAT NASI AYAM
Beras dicuci dan ditoskan airnya. masukkan ke dalam rice cooker. Masukkan butter,sedikit garam dan halia.Masukkan air rebusan ayam tadi.Jangan terlalu banyak air tu nanti nasi jadi lembik. Pastu on je rice cooker dia masak sendiri. jangan lupa gemburkan nasi tu semasa ia mendidih agar nasi tadi tidak melekat
 
CARA MEMBUAT AYAMNYAAyam yang direbus ditos dan dilumur dengan bawang dan halia yang dikisar serta kicap dan minyak bijan..ketepikan/perap sekurang-kurangnya 30minit. Kemudian bakar selama 30 minit.Kepada sesiapa yang tak ada ketuhar pembakar boleh guna kuali. Panaskan minyak dan goreng ayam tadi selama 15 minit. Ingat jangan sampai hangit.kalau dah warna coklat tu ok la...

CARA MEMBUAT SOS CILI
cili besar + cili benggala merah + bawang putih + sos cili + air rebusan ayam + halia. Kisar halus dan kemudian boleh dihidang fresh macam tu atau kalau sesiapa nak masak, masak sekejap di atas api. Dah mendidih…siap

CARA MEMBUAT KICAP
kicap + sesudu sos tiram + madu...kacau rata..siap

SUP
Buah apa cara pun asalkan jadi sup. Kalau saya letak carrot,kentang,lobak putih,daun sup daun bawang dan fishball sebab anak gadis saya suka minum sup.... hahahaha

INILAH CARA SAYA MEMASAK NASI AYAM. SANGAT SENANG.
ANAK ANAK SAYA SUKA SUAMI SAYA PUN SUKA...

SELAMAT MENCUBA KAWAN KAWAN

Thursday, January 13, 2011

Recipe Chicken Rice

Things You'll Need:

  • 1 medium onion
  • 1 bay leaf
  • 1 whole chicken
  • 1/4 c. vegetable oil
  • 10 to 12 springs whole fresh thyme
  • 14.5-oz. can chicken broth
  • salt and pepper
  • 1 c. converted rice
  • Groceries
  • Chef's Knives
  • Chef's Knives
  • Cooking Pots
  • Cutting Boards
  • Measuring Cups
  • Skillets
  • Skimmers
  • Slotted Spoons
  • Tongs
  • Measuring cups
  • Skillets    
 

Instructions

  1. Cut the chicken into two drumsticks, two thighs and two breasts. Cut the breasts in two pieces and save the backbone and wings for stock.

  2. Rinse the pieces and pat them completely dry. The skin can be discarded, if desired.

  3. Season the chicken on all sides with salt and pepper.

  4. Heat a large pot over medium-high heat. A 12-inch tall-sided skillet is best, but you can also use two smaller skillets.

  5. Add vegetable oil to coat the skillet to a depth of about 1/16 inch.

  6. Add the chicken pieces (use metal tongs) when the oil is hot, and brown them on all sides. Don't let them get too dark, however. A light golden color is best.

  7. As they brown, remove them and let them drain on paper towels.

  8. Add the onion and sauté it until tender - about 3 minutes.

  9. Return the chicken to the pan and add the thyme and bay leaf.

  10. Add the broth and 2/3 c. water and bring to a rapid simmer.

  11. Simmer uncovered for 10 minutes. As foam and oil rise to the surface, skim off and discard as much of it as you can.
     
  12. After 10 minutes, assess the amount of liquid. About 2 c. should remain in the pan.

  13. Sprinkle the rice into the pan around the chicken.

  14. Cover, turn the heat to low and cook for another 20 to 30 minutes. You'll need to check the pan from time to time to test the rice and to make sure it doesn't dry out. Add hot water in 1/2 c. increments if the rice dries out before it's finished cooking.

  15. When the rice is done, remove the chicken with tongs or a slotted spoon. Be careful - it will be very loose and tender.

  16. Remove the thyme and bay leaf, place the rice on a serving platter and top with the chicken pieces.