Akhisyah Recipe

Friday, March 21, 2014




BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam, potong ikut sederhana besar
1 1/2 camca teh serbuk kunyit
1 camca teh garam (digaul rata dan perap 20 minit)
1 genggam kacang gajus, goreng garing dan toskan
2 camca besar tomato sos
2 camca besar cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
2 batang serai (diketuk)
3 biji bawang besar (dikisar halus)
4 ulas bawang putih (dikisar halus)
3 inci halia (dikisar halus)
2 cawan air
Kacang pis, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam digoreng, tapi jangan sampai garing, angkat dan toskan. Tinggalkan kurang lebih 1/2 cawan minyak. Tumis bahan kisar hingga harum, masukkan bahan yang dikisar, cili, serai dan tumis hingga terbit minyak. Masukkan tomato sos, kacau rata dan masak sekejap.
  2. Tuang air dan bila mendidih,masukkan ayam tadi, masukkan sedikit gula dan garam. Masak dengan api perlahan sehingga kuah pekat dan pecah minyak.
  3. Tambah gajus goreng, kacau rata dan rasa. Jika ok boleh matikan api. Alih ke dalam bekas sesuai dan tabur kacang pis sebelum menghidang.


Bahan2
1 kg daging (dipotong nipis)
4 ulas bwg merah (dihiris)
5 ulas bwg putih (dihiris)
3 kuntum bunga lawang 

2 batang serai
2 inci kulit kayu manis
1/4 cawan kicap pekat
garam secukup rasa
Minyak masak untuk menumis

Bahan Kisar  

4 biji bwg besar
5 inci halia
4 ulas bwg putih
20 biji cili kering - letak hanya 2 sb cili kering siap blender
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil ketumbar - tambah

Cara
1. Panaskan minyak masak. Tumis bahan hiris, bunga lawang & kayu manis hingga wangi. Masukkan bahan kisar & tumis hingga garing & terbit minyak.
2. Masukkan daging, air secukupnya & renih sehingga daging empuk. Masukkan kicap pekat,serai & garam secukup rasa.Biar kuah agak pekat & secukup rasa. Bila daging cukup empuk bolehlah hidangkan. (sekiranya daging tak cukup empuk... boleh tambahkan lagi air & masak lagi hingga kuah agak kering)

Nasi Tomato

Bahan-bahan ( 4~5org )
4cwn beras(dibersih dan ditoskn)
190g minyak sapi(kalau darurat boleh guna marjerin)- 

2 kuntum bunga cengkih
1/2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 cm kulit kayu manis
1 biji bawang besar dicincang
160g tomato puree (dlm tin)- 

1.8 liter air rebusan ayam (bole juga nk guna kiub pati ayam)
daun saderi yang telah dicincang dan bawang merah (optional)
bhn dikisar: 2 ulas bawang putih, 3 ulas bawang merah dan 1 hiris halia

Cara-cara
Cairkan minyak sapi diatas api yang sederhana dan tumiskan rempah-rempah selama 1-2 minit.
Masukkan bahan tumbuk dan teruskan menggoreng hingga masak. Masukkan bawang besar dan goreng hingga layu.
Kecilkan api dan tuangkan puri tomato.Biarkan mendidih perlahan-lahan dan masukkan beras.Kacau rata-rata selama 1-2 minit.
Masukkan air rebusan dan garam secukup rasa.Biarkan cecair meresap ke dlm beras sebentar.
Kecilkan api, tanak nasi itu dengan bertutup hingga masak, masukkan daun saderi dan bwg goreng.