Akhisyah Recipe

Saturday, January 15, 2011

Wantan Curry Laksa Nyonya Style

Bahan Bahan (4-6 pax)


  • 1 paket egg mee (wantan)
  • 2 sudu besar serbuk kari ikan
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 1/2 bawang besar dihiris
  • 4 biji bawang putih dihiris
  • 1 batang serai diketuk
  • sedikit daun kari 
  • 1 1/2 sudu teh garam
  • sedikit belacan
  • 1 tin susu cair/ 3 cawan santan
  • 4 cawan air
  • 1 keping kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang 
  • 1/2 cawan asam jawa
  • 1 paket fish ball
  • fish cake (dihiris nipis)
  • sotong merah (dipotong)
  • 4 sudu minyak masak
  • tauhu kering   
Bahan bahan yang perlu dihidang bersama
  • Wantan mee (direbus)
  • 1/4 ekor ayam(direbus)
  • 20 ekor udang saiz biasa(direbus/celup)
  • taugeh (dicelup)
  • kacang panjang (dipotong dan celup)

Sos penambah(bahan-bahan dibawah digoreng asing)

  • 4sudu serbuk cili
  • 6 biji bawang putih dicincang
  • 4 sudu minyak
Cara memasak
  1. Gaulkan serbuk kari ikan dan cili yang dikisar tadi dan ketepikan dahulu.
  2. Panaskan minyak kemudian tumiskan daun kari, kulit kayu manis,bunga lawang, bawang besar, bawang putih dan serai, tunggu sehingga naik bau kemudian masukkan bahan yang digaul tadi (serbuk kari dan cili kisar).
  3. Apabila ia pecah minyak kemudian masukkan air. Tunggu sehingga mendidih kemudian masukkan susu cair/ santan, fish ball, fish cake, sotong merah, tauhu kering dan garam.
  4. Mendidih tutup api
Cara menghidang 

Masukkan bahan bahan yang perlu dihidang bersama kedalam mangkuk. Jangan lupa kerang mentah.Masukkan kuah kari yang baru mendidih terus ke dalam mangkuk anda. Mahu pedas lagi masukkan cili yang digoreng bersama bawang putih tadi siap. Selamat Mencuba.....



P/S= Kerang mentah tadi akan masak sendiri di dalam mangkuk sekiranya kuah anda sangat panas

3 comments:

  1. Selamat mencuba. My husband tak pernah makan benda berkuah terus jadi favourite. Lmemang Layan superb.

    ReplyDelete
  2. sedapnya...kena cuba ni sbb curry laksa u ada sotong...nyam nyam :-)

    ReplyDelete
  3. maaf nak bertanya,,cili kisar 2 cili kering yang dikisar ker cili boh...conpius skit...muhehehehe

    ReplyDelete