BAHAN BAHAN
- Rice cooker
- Ketuhar pembakar/kuali besar
- Minyak masak
- Butter/mentega
- Setengah ekor ayam
- Beras 4 cupak
- halia
- bawang putih
- Bawang besar
- Kicap
- Cili besar merah
- Cili bengala
- Sos cili
- Madu
REBUS AYAM
Ayam direbus dengan halia dan bawang putih yang ditumbuk.
Air rebusan digunakan untuk menanak nasi dan membuat sos cili ayam.
CARA CARA MEMBUAT NASI AYAM
Beras dicuci dan ditoskan airnya. masukkan ke dalam rice cooker. Masukkan butter,sedikit garam dan halia.Masukkan air rebusan ayam tadi.Jangan terlalu banyak air tu nanti nasi jadi lembik. Pastu on je rice cooker dia masak sendiri. jangan lupa gemburkan nasi tu semasa ia mendidih agar nasi tadi tidak melekat
CARA MEMBUAT AYAMNYAAyam yang direbus ditos dan dilumur dengan bawang dan halia yang dikisar serta kicap dan minyak bijan..ketepikan/perap sekurang-kurangnya 30minit. Kemudian bakar selama 30 minit.Kepada sesiapa yang tak ada ketuhar pembakar boleh guna kuali. Panaskan minyak dan goreng ayam tadi selama 15 minit. Ingat jangan sampai hangit.kalau dah warna coklat tu ok la...
CARA MEMBUAT SOS CILI
cili besar + cili benggala merah + bawang putih + sos cili + air rebusan ayam + halia. Kisar halus dan kemudian boleh dihidang fresh macam tu atau kalau sesiapa nak masak, masak sekejap di atas api. Dah mendidih…siap
CARA MEMBUAT KICAP
kicap + sesudu sos tiram + madu...kacau rata..siap
SUP
Buah apa cara pun asalkan jadi sup. Kalau saya letak carrot,kentang,lobak putih,daun sup daun bawang dan fishball sebab anak gadis saya suka minum sup.... hahahaha
INILAH CARA SAYA MEMASAK NASI AYAM. SANGAT SENANG.
ANAK ANAK SAYA SUKA SUAMI SAYA PUN SUKA...
SELAMAT MENCUBA KAWAN KAWAN
Ini versi untuk kawan kawan senang nak masak.
ReplyDeletekalau straight sangat macam duk sekolah. Cara macam ni la kawan kawan boleh faham...hehehee...
wahhhhh..sy lagi sukerrrrr......i will try later..yuhuuuu
ReplyDelete